Friday, January 29, 2021

Penghujung Yang Pasti.

Kehidupan di dunia ini adalah satu perjalanan 

Yang pasti nanti menemui garisan penamat

 

Datang kita dari Pencipta yang Agung 

Kembali jua kita pada Pencipta yang Agung

Kematian adalah satu kepastian     


Dunia ini, pementasan 

Dunia ini, lokasi pembelajaran 

Dunia ini, untuk kenali diri dan ambil teladan

Ia perjalanan hidup menuju satu garisan penamat yang pasti.


Hakikat sebenar ke mana ingin pergi

Bila ditanya mau apa hendakmu

Di garisan penamat itu nanti


Jawapan pastinya.. Syurga 

Kerana Surat Cinta telah berbicara

Nikmat di sana lebih indah..


Tapi Syurga itu Mahal

Bagaimana aku mampu memiliki

Jika diri tidak sempurna


Sesungguhnya Pencipta Agung penerima taubat

Kembali pada yang fitrah, Islam sejati

Syurga pasti mampu dikau miliki. 



No comments:

Post a Comment