Ramadhan berlalu.. Syawal pula tiba..Tahun 2020 & 2021 pengalaman yang sama beraya di Kedah bersama keluarga suami.
Apa pun aku tetap block cuti raya siap2 dari 12 Mei hingga 22 Mei. Walaupun gov dah umum takleh rentas negeri untuk balik ke kampung.. aku tetap tekad ambil cuti panjang bagi berehat bersama keluarga dan anak-anak...
Cuti anak juga akan disambung dgn PDPR di rumah selepas tamat cuti raya ... Kehidupan Norma Bahru, lumrah sekarang ini..
Dulu2 klu nak balik Sg Petani, berjam2 dalam kereta.. Bila dah hijrah ke Kedah 2017 .. nak beraya dengan MIL lalu pintu pagar sahaja.. hahahaha..
2 ruamah 1 pintu.. tu la ceritanya... Jiran sebelah2 jer..
(Kira aku ni anak yg jauh di perantauan berbanding adik beradik yang lain...Tahun ni tak beraya di kampung sendiri nampaknya. Suka la en.Suami tak hadap jammed berjam2.)
(Kira aku ni anak yg jauh di perantauan berbanding adik beradik yang lain...Tahun ni tak beraya di kampung sendiri nampaknya. Suka la en.Suami tak hadap jammed berjam2.)
13.5.2021-Rencana Allah Tiada Siapa Dapat Menghalagi.. (1 Syawal) anak menakan kena panggil oleh PKD utk jalani swab test.. Result dia 17/5/2021 disahkan +ve... Semua plan cuti raya, utk OOTD semua terbatal..
Kami sekeluarga kena Kuarantin... Allah Maha Mengetahui, Perancangan Allah lebih hebat.. Kiranya kami semua ni kategori Kontak Rapat (PUI)...Akur atas arahan KKM dan pasti ada hikmah yang terbaik daripadaNya.
Tempoh berkurung kami xlama seminggu sahaja..17/5/2021 hingga 22/5/2021.. Keputusan swab ambil masa 2 hari baru tahu. Alhamdulillah, kami semua -ve termasuk 2 lagi keluarga yang setaman kami.
Anak menakan pun, tak menunjukkan sebarang gejala/tanda-tanda lain seperti sakit yang teruk...
Alhamdulillah ... akhirnya potong gelang 23/5/2021.. suami dan anak-anak rasa lega..
Tapi.. aku kena swab lagi atas arahan Majikan...(fuhhhh) kembang lubang hidung dan tekak..Diarah bagi keselamatan pekerja-pekerja lain sebelum dibenarkan masuk bekerja semula...
Masuk office pun sekejap sahaja... sbb aku dijadualkan BDR slps itu, selang seli selama seminggu...
Apa lagi hikmahnya..... LOCKDOWN diumumkan..atas sebab status kes +ve covid cecah 7++..Bermulalah lockdown..dari 1/6/2021 hingga 14/6/2021...
Hasilnya aku BDR / WFH terus..
Serta cuti rehat aku sepanjang raya dibatalkan, telah ditukar kepada kelulusan cuti kuarantin..
Serta cuti rehat aku sepanjang raya dibatalkan, telah ditukar kepada kelulusan cuti kuarantin..
Alhamdulillah.. Dapat kumpul balik cuti rehat...
Mudah-mudahan slps ni dapat rentas negeri..dan dapat balik bercuti jumpa keluarga bagi tempoh cuti rehat yang panjang... Aamiin :)

