Sunday, June 6, 2021

Rencana Allah Tiada Siapa Dapat Menghalagi.





Ramadhan berlalu.. Syawal pula tiba..
Tahun 2020 & 2021 pengalaman yang sama beraya di Kedah bersama keluarga suami. 

Apa pun aku tetap block cuti raya siap2 dari 12 Mei hingga 22 Mei. Walaupun  gov dah umum takleh rentas negeri  untuk balik ke kampung.. aku tetap tekad ambil cuti panjang bagi berehat bersama keluarga dan anak-anak...

Cuti anak juga akan disambung dgn PDPR di rumah selepas tamat cuti raya ... Kehidupan Norma Bahru, lumrah sekarang ini..
Dulu2 klu nak balik Sg Petani, berjam2 dalam kereta.. 
Bila dah hijrah ke Kedah 2017 .. nak beraya dengan MIL lalu pintu pagar sahaja.. hahahaha.. 

2 ruamah 1 pintu.. tu la ceritanya... Jiran sebelah2 jer.. 
(Kira aku ni anak yg jauh di perantauan berbanding adik beradik yang lain...Tahun ni tak beraya di kampung sendiri nampaknya. Suka la en.Suami tak hadap jammed berjam2.)

13.5.2021-Rencana Allah Tiada Siapa Dapat Menghalagi.. (1 Syawal) anak menakan kena panggil oleh PKD utk jalani swab test.. Result dia 17/5/2021 disahkan +ve... Semua plan cuti raya, utk OOTD semua terbatal.. 

Kami sekeluarga kena Kuarantin... Allah Maha Mengetahui, Perancangan Allah lebih hebat.. Kiranya kami semua ni kategori Kontak Rapat (PUI)...Akur atas arahan KKM dan pasti ada hikmah yang terbaik daripadaNya. 
 
Tempoh berkurung kami xlama seminggu sahaja..17/5/2021 hingga 22/5/2021.. Keputusan swab ambil masa 2 hari baru tahu. 
Alhamdulillah, kami semua -ve termasuk 2 lagi keluarga yang setaman kami. 

Anak menakan pun, tak menunjukkan sebarang gejala/tanda-tanda lain seperti sakit yang teruk...

Alhamdulillah ... akhirnya potong gelang 23/5/2021.. suami dan anak-anak rasa lega..

Tapi.. aku kena swab lagi atas arahan Majikan...(fuhhhh) kembang lubang hidung dan tekak..
Diarah bagi keselamatan pekerja-pekerja lain sebelum dibenarkan masuk bekerja semula...

Masuk office pun sekejap sahaja... sbb aku dijadualkan BDR slps itu, selang seli selama seminggu... 

Apa lagi hikmahnya..... LOCKDOWN diumumkan..atas sebab status kes +ve covid cecah 7++..Bermulalah lockdown..dari 1/6/2021 hingga 14/6/2021...

Hasilnya aku BDR / WFH terus..
Serta cuti rehat aku sepanjang raya dibatalkan, telah ditukar kepada kelulusan cuti kuarantin.. 

Alhamdulillah.. Dapat kumpul balik cuti rehat...
Mudah-mudahan slps ni dapat rentas negeri..dan dapat balik bercuti jumpa keluarga bagi tempoh cuti rehat yang panjang... Aamiin :) 


Friday, January 29, 2021

Penghujung Yang Pasti.

Kehidupan di dunia ini adalah satu perjalanan 

Yang pasti nanti menemui garisan penamat

 

Datang kita dari Pencipta yang Agung 

Kembali jua kita pada Pencipta yang Agung

Kematian adalah satu kepastian     


Dunia ini, pementasan 

Dunia ini, lokasi pembelajaran 

Dunia ini, untuk kenali diri dan ambil teladan

Ia perjalanan hidup menuju satu garisan penamat yang pasti.


Hakikat sebenar ke mana ingin pergi

Bila ditanya mau apa hendakmu

Di garisan penamat itu nanti


Jawapan pastinya.. Syurga 

Kerana Surat Cinta telah berbicara

Nikmat di sana lebih indah..


Tapi Syurga itu Mahal

Bagaimana aku mampu memiliki

Jika diri tidak sempurna


Sesungguhnya Pencipta Agung penerima taubat

Kembali pada yang fitrah, Islam sejati

Syurga pasti mampu dikau miliki. 



Thursday, May 14, 2020

La Tah Zan


Rasullullah SAW bersabda, “setiap hari, ketika umat manusia memasuki waktu pagi, pasti ada 2 malaikat yang turun.. salah satu di antara kedua-duanya berdoa, “Ya Allah, berikanlah ganti kpd yg bersedekah,” dan yang satu lagi berdoa, “Ya Allah, berikanlah kemusnahan (kerugian) kpd orang yang tidak mahu bersedekah.” (Hadis Riwayat Muslim)


Nilai keikhlasan itu..
Terbit dgn kejujuran..
Nilai keikhlasan itu..
Hanya Pencipta Yang Mendengar & Melihat lebih mengetahui..
Nilai keikhlasan itu jua..
Melepaskan mrk yang lalai dari kebinasaan ukhrawi..
*
*
Setiap huluran
Menganggu minda empunya diri
Setiap huluran
Terbit dari gangguan empunya hati
Setiap huluran dgn izinNya
Hanya qalbumu dan Pencipta agung maha mengetahui..
*
*
Siapakah di sebalik manusia itu..
Adakah kalian sedar..
Atas gerakan apa semua kisah ini berlaku..
Yang berhak menilai dan menghukum hanya Ya Hakam & Ya Adil..
*
*
Kisah siapa si pemberi..
Dan siapa pula si penerima..
Segala itu atas kehendak Ya Aziz Ya Jabbar..
*
*
Opss dia tersalah bagi.. terbagi pd penzina
Opss dia tersalah bagi.. terbagi pd yg kaya
Opss dia tersalah bagi... terbagi pd si pencuri
*
*
Percaya dgn imanmu..
Mungkin saja asbab sedekahnya
Si penerima beroleh pengajaran serta
Menghentikan sesuatu yg sia2 selama ini..

Permata dHEARTY


Aku syg kamu..

Mungkin kamu rasai
Atau mungkin tidak mengerti
Aku tetap syg kamu tanpa noktah

Aku syg kamu..
Setiap jaga dan tidurku ingat kamu
Kerana kamu bermakna dlm hidupku..

Aku syg kamu..
Sesugguhnya dlm sepiku mengingatimu

Aku syg kamu...sungguh-sungguh syg..
Kerana kamu bererti buatku.
Setiap hela nafasku ingat kamu..
Setiap bibit doaku ada kamu
Kerana aku syg kamu
Kamulah insan ygku sygi
Hingga hujung nyawaku

Aku syg kamu..
Aku juga mahu kamu sygi dirimu
Peluk erat-erat rasa cinta dan syg ini
Jgn biarkan ia berlalu pergi
Syg kamu rindu kamu...

3816

Berikan Rasa Itu


Xperlu kau pandang jauh utk belajar bersyukur...
Xperlu kau banding2 utk belajar bersyukur..
Bersyukur itu Mudah Sebenarnya
Bersyukur itu Mendamaikan
Jangan mati selagi kau masih gagal kenali apa itu Bersyukur

Lalu bgmna utk belajar bersyukur??
Aduh...Manusia mudah alpa, 
Manusia dipermainkan dgn dunia,
Manuuusiaaaa hidup pasti dimamah usia dan akan ketemu dgn Pencipta..

Harus... syukur bagaimana caranya??
Ayuhhh sahabat..
Tarik dan Helah nafasmu...
Kau akan kenal erti syukur itu...

Pandang apa yg ada padamu.. 
Setiap susuk tubuhmu...
Rasailah satu persatu...

Adakah kau rasai nikmat syukur itu???
Tajamkan lagi pandanganmu..
Segumpal daging bernama HATI 
Jagalah ia..agar kau akan lebih mensyukuri...
Ya Rahman Ya Rahim
Ya Rahman Ya Rahim
Syukur atas segalanya
CiptaanNya tiada tandingan


Detik-Detik


Detik Hati 1-

Jgn kau menilai sesuatu jika kau tidak tahu cerita sebenarnya..
Setiap jalan cerita itu adalah aturan dr yang Maha Esa. 
Jauhilah hatimu dan bibirmu dr kata2 yg boleh membinasakan hidupmu di akhirat sana..
Bersegera kembali kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Pengasih dan Penyayang.

Detik Hati 2-
Aku rindu pasanganku
Aku rindu ayahanda dan bonda
Aku rindu permata hatiku
Aku rindu sahabat2 ku...

Siapa yg beri kau nikmat utk rasa rindu???
Siapa yg beri kau nikmat kesenagan?? Harta, pangkat dan anak..
Siapakah yg berikan kau nikmat rindu itu???
Dimana pula kau letak rasa rindu pd Allah swt??
 Adakah kau benar2 rindu pdNya

#muslimsejati
#fikirmati
#iloveislam

Wednesday, May 13, 2020

Berteduh Di sini Seketika



Daif Diperjalanan
Saat nafas masih dihela
Saat mata masih memerhati
Saat kehangatan masih dirasai
Setiap saat itu ucapkan syukur
Tidak terhingga..
Agar bahagia terus dirasai..

Terima kasih Allah.. Masih ada lagi ruang
Utk aku meneruskan sisa hidup ini..
Utk kekal memohon keampunan di ruang yg ada
Utk aku terus memberi apa terdaya
Kerna hidup ini semakin hujung

Ya Rahman, Ya Rahim.. 
KurniaanMu adalah yang terbaik buatku
SayangMu tidak pernah padam
Sungguh indah Cinta Agung ini 
Memberi kemanisan bagi yang memahami
Ampuni aku dikala teralpa dengan dunia ini yang semakin mati

Kau Raja Kerajaan ini
Kasih sygmu tiada noktah
Kerana Kau Maha Pengampun
Kau Maha Mengetahui

Saat aku daif aku diperjalanan 
Hidup tidak berarah ..
Ibarat badai melanda
Kau tetap menarikku
Seperti layang-layang masih bertuan
Munajatku agar hati ini 
Bersama cinta abadi Ya Rabbul'izati

Nukilan Muslim Sejati
222016