Thursday, May 14, 2020

La Tah Zan


Rasullullah SAW bersabda, “setiap hari, ketika umat manusia memasuki waktu pagi, pasti ada 2 malaikat yang turun.. salah satu di antara kedua-duanya berdoa, “Ya Allah, berikanlah ganti kpd yg bersedekah,” dan yang satu lagi berdoa, “Ya Allah, berikanlah kemusnahan (kerugian) kpd orang yang tidak mahu bersedekah.” (Hadis Riwayat Muslim)


Nilai keikhlasan itu..
Terbit dgn kejujuran..
Nilai keikhlasan itu..
Hanya Pencipta Yang Mendengar & Melihat lebih mengetahui..
Nilai keikhlasan itu jua..
Melepaskan mrk yang lalai dari kebinasaan ukhrawi..
*
*
Setiap huluran
Menganggu minda empunya diri
Setiap huluran
Terbit dari gangguan empunya hati
Setiap huluran dgn izinNya
Hanya qalbumu dan Pencipta agung maha mengetahui..
*
*
Siapakah di sebalik manusia itu..
Adakah kalian sedar..
Atas gerakan apa semua kisah ini berlaku..
Yang berhak menilai dan menghukum hanya Ya Hakam & Ya Adil..
*
*
Kisah siapa si pemberi..
Dan siapa pula si penerima..
Segala itu atas kehendak Ya Aziz Ya Jabbar..
*
*
Opss dia tersalah bagi.. terbagi pd penzina
Opss dia tersalah bagi.. terbagi pd yg kaya
Opss dia tersalah bagi... terbagi pd si pencuri
*
*
Percaya dgn imanmu..
Mungkin saja asbab sedekahnya
Si penerima beroleh pengajaran serta
Menghentikan sesuatu yg sia2 selama ini..

Permata dHEARTY


Aku syg kamu..

Mungkin kamu rasai
Atau mungkin tidak mengerti
Aku tetap syg kamu tanpa noktah

Aku syg kamu..
Setiap jaga dan tidurku ingat kamu
Kerana kamu bermakna dlm hidupku..

Aku syg kamu..
Sesugguhnya dlm sepiku mengingatimu

Aku syg kamu...sungguh-sungguh syg..
Kerana kamu bererti buatku.
Setiap hela nafasku ingat kamu..
Setiap bibit doaku ada kamu
Kerana aku syg kamu
Kamulah insan ygku sygi
Hingga hujung nyawaku

Aku syg kamu..
Aku juga mahu kamu sygi dirimu
Peluk erat-erat rasa cinta dan syg ini
Jgn biarkan ia berlalu pergi
Syg kamu rindu kamu...

3816

Berikan Rasa Itu


Xperlu kau pandang jauh utk belajar bersyukur...
Xperlu kau banding2 utk belajar bersyukur..
Bersyukur itu Mudah Sebenarnya
Bersyukur itu Mendamaikan
Jangan mati selagi kau masih gagal kenali apa itu Bersyukur

Lalu bgmna utk belajar bersyukur??
Aduh...Manusia mudah alpa, 
Manusia dipermainkan dgn dunia,
Manuuusiaaaa hidup pasti dimamah usia dan akan ketemu dgn Pencipta..

Harus... syukur bagaimana caranya??
Ayuhhh sahabat..
Tarik dan Helah nafasmu...
Kau akan kenal erti syukur itu...

Pandang apa yg ada padamu.. 
Setiap susuk tubuhmu...
Rasailah satu persatu...

Adakah kau rasai nikmat syukur itu???
Tajamkan lagi pandanganmu..
Segumpal daging bernama HATI 
Jagalah ia..agar kau akan lebih mensyukuri...
Ya Rahman Ya Rahim
Ya Rahman Ya Rahim
Syukur atas segalanya
CiptaanNya tiada tandingan


Detik-Detik


Detik Hati 1-

Jgn kau menilai sesuatu jika kau tidak tahu cerita sebenarnya..
Setiap jalan cerita itu adalah aturan dr yang Maha Esa. 
Jauhilah hatimu dan bibirmu dr kata2 yg boleh membinasakan hidupmu di akhirat sana..
Bersegera kembali kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Pengasih dan Penyayang.

Detik Hati 2-
Aku rindu pasanganku
Aku rindu ayahanda dan bonda
Aku rindu permata hatiku
Aku rindu sahabat2 ku...

Siapa yg beri kau nikmat utk rasa rindu???
Siapa yg beri kau nikmat kesenagan?? Harta, pangkat dan anak..
Siapakah yg berikan kau nikmat rindu itu???
Dimana pula kau letak rasa rindu pd Allah swt??
 Adakah kau benar2 rindu pdNya

#muslimsejati
#fikirmati
#iloveislam

Wednesday, May 13, 2020

Berteduh Di sini Seketika



Daif Diperjalanan
Saat nafas masih dihela
Saat mata masih memerhati
Saat kehangatan masih dirasai
Setiap saat itu ucapkan syukur
Tidak terhingga..
Agar bahagia terus dirasai..

Terima kasih Allah.. Masih ada lagi ruang
Utk aku meneruskan sisa hidup ini..
Utk kekal memohon keampunan di ruang yg ada
Utk aku terus memberi apa terdaya
Kerna hidup ini semakin hujung

Ya Rahman, Ya Rahim.. 
KurniaanMu adalah yang terbaik buatku
SayangMu tidak pernah padam
Sungguh indah Cinta Agung ini 
Memberi kemanisan bagi yang memahami
Ampuni aku dikala teralpa dengan dunia ini yang semakin mati

Kau Raja Kerajaan ini
Kasih sygmu tiada noktah
Kerana Kau Maha Pengampun
Kau Maha Mengetahui

Saat aku daif aku diperjalanan 
Hidup tidak berarah ..
Ibarat badai melanda
Kau tetap menarikku
Seperti layang-layang masih bertuan
Munajatku agar hati ini 
Bersama cinta abadi Ya Rabbul'izati

Nukilan Muslim Sejati
222016